UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PARA PENYUMBANG BAIKPULIH VAN MAAHAD TAHFIZ MANBAUL HUFFAZ (MAHFUZ) ![]()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan rezeki dan kelapangan kepada para penyumbang yang budiman.
Pihak Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz (MAHFUZ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu, keluarga serta para dermawan yang telah menyumbang dalam usaha baikpulih Van MAHFUZ.
Dengan izin Allah SWT, hasil sumbangan yang diberikan telah membantu membaik pulih van agar lebih selamat, selesa, bersih dan sesuai digunakan oleh para pelajar dalam urusan menuntut ilmu, menghadiri program serta aktiviti pendidikan.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya, dilimpahkan keberkatan dalam rezeki, kesihatan yang baik serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي أَمْوَالِهِمْ وَأَهْلِهِمْ وَاجْعَلْ مَا أَنْفَقُوهُ فِي مِيزَانِ حَسَنَاتِهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya:
“Ya Allah, berkatilah harta dan keluarga mereka, serta jadikanlah apa yang mereka infakkan sebagai pemberat timbangan amal kebaikan mereka pada hari kiamat.”
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. ![]()
![]()
![]()
![]()
Ikhlas daripada seluruh wargakerja Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz