Hari Penyerahan Kad Kemajuan Pelajar MAHFUZ*
Alhamdulillah Hari Penyerahan Kad Kemajuan Pelajar Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz telah berlangsung pada 17 Julai 2026 (Jumaat) di Bilik Komputer MAHFUZ dengan kehadiran ibu bapa, penjaga, pelajar dan guru kelas.
Program ini menjadi medan pertemuan bagi membincangkan prestasi akademik, hafazan Al-Quran, sahsiah serta perkembangan keseluruhan pelajar.
Melalui sesi perbincangan yang berlangsung secara bersemuka, ibu bapa berpeluang mendapatkan maklum balas secara langsung daripada guru serta berkongsi pandangan demi memastikan kecemerlangan pelajar dapat dipertingkatkan.
Semoga usaha berterusan ini dapat mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang.
