MAHFUZ Berjaya Menunggang Kuda

MAHFUZ Berjaya Menunggang Kuda 🐎

Alhamdulillah, pada 22 Julai 2026 (Rabu), para pelajar Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz (MAHFUZ) telah berjaya menyertai Program Menunggang Kuda yang berlangsung di MAFEC, Sendayan, Negeri Sembilan dengan kerjasama As-Sibaq Horseback Archers Association of Malaysia.
Program yang berlangsung dari 7.00 pagi hingga 5.00 petang ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik asas menunggang kuda, penjagaan kuda serta pembinaan keyakinan diri, disiplin dan keberanian. Aktiviti ini juga menyahut galakan Islam untuk mempelajari kemahiran berkuda sebagai salah satu sunnah yang bermanfaat.
Sepanjang program, para pelajar menunjukkan semangat yang tinggi, disiplin yang baik serta kesungguhan dalam mempelajari kemahiran baharu. Pengalaman ini bukan sahaja mengukuhkan aspek fizikal, malah turut membentuk sahsiah, kepimpinan dan ketahanan mental para pelajar.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan generasi Huffaz yang berilmu, berakhlak, cergas dan berkemahiran, selaras dengan aspirasi MAHFUZ. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *