UCAPAN PENGHARGAAN & KEJAYAAN PEMBELAJARAN ROBOTIK MAHFUZ

UCAPAN PENGHARGAAN & KEJAYAAN PEMBELAJARAN ROBOTIK MAHFUZ 🤖

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana para pelajar Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz (MAHFUZ) telah berjaya mengikuti Program Pembelajaran Robotik menggunakan Model PikaBot dengan penuh semangat dan komitmen.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan minat yang amat memberangsangkan serta berasa seronok mendalami ilmu robotik. Mereka berjaya mempelajari asas pemasangan robot, pengaturcaraan (coding), penggunaan sensor dan sistem kawalan yang menjadi teras kepada teknologi moden masa kini.

Lebih membanggakan, para pelajar telah berjaya memahami konsep Robot Pengikut Garisan (Line Follower) serta mengaplikasikan kemahiran pengaturcaraan untuk mengawal pergerakan robot. Hasil usaha, kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan, semua pergerakan kereta robotik PikaBot berjaya disiapkan dan berfungsi dengan baik mengikut arahan yang telah diprogramkan.

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, malah turut meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta memupuk keyakinan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Ampang atas kerjasama serta penganjuran program yang amat bermanfaat ini. Semoga segala usaha murni dalam menyebarkan ilmu pengetahuan ini mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

📖🤖🚀 “Melahirkan Huffaz yang celik teknologi, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran dunia masa hadapan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *