SAMBUTAN HARI GURU MAHFUZ 2026

🌹SAMBUTAN HARI GURU MAHFUZ 2026

Alhamdulillah, sambutan Hari Guru MAHFUZ 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Ustaz Asmuei Mubin Bin Muhammad Jazuli, Mudir MAHFUZ, yang menzahirkan rasa syukur serta penghormatan kepada para guru atas segala jasa dan pengorbanan dalam mendidik pelajar.
Pelbagai acara sukaneka turut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Suasana padang dipenuhi gelak tawa, semangat kerjasama dan kegembiraan yang mencerminkan ukhuwah warga MAHFUZ.
Pihak pengurusan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibubapa serta para pelajar yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan majlis ini.
✨“Guru Bitara Nadi Negara”✨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *