Pelajar Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz Kekal Fit dan Sihat Dengan Bersukan ![]()
Alhamdulillah, aktiviti riadah dan sukan yang dijalankan menjadi salah satu medium terbaik untuk membentuk pelajar yang cergas, berdisiplin dan berdaya saing. Di samping menghafaz al-Quran serta menuntut ilmu, para pelajar turut diberi ruang untuk menguatkan fizikal melalui aktiviti sukan yang sihat dan bermanfaat.
Sukan bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, bahkan memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, ketahanan diri serta ukhuwah sesama pelajar. Generasi huffaz yang cemerlang memerlukan keseimbangan antara kecerdasan minda, kekuatan rohani dan kecergasan jasmani.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada kedua-duanya ada kebaikan.”
— Hadis Riwayat Muslim
