UCAPAN PENGHARGAAN

UCAPAN PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan taufik-Nya.

Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz (MAHFUZ) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada:

1. Para ibubapa/penjaga yang telah memilih MAHFUZ sebagai institusi pendidikan anak-anak tuan/puan.
2. Semua pihak penyumbang yang budiman – sama ada dalam bentuk kewangan, kemudahan, masa mahupun doa.

Sesungguhnya usaha bersama ini sangat bermakna dalam membentuk generasi huffaz yang berilmu, beramal dan berakhlak.

Kita semua berusaha, berdoa dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT dalam mendidik anak-anak ini agar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga segala usaha dan sumbangan diberkati Allah SWT dan diterima sebagai amal soleh.

Yang benar,
USTAZ MUHAMMAD ASMUEI MUBIN AL-HAFIZ
Mudir Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz

boleh saksikan semua aktiviti di pautan berikut:-

https://youtube.com/shorts/xpNyZCjwdNQ?si=cdxoM7IXLQWBEdhT

 

 

 

 

 

 

 

+

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *