Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz

Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz (MAHFUZ) merupakan sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran yang terkemuka di HULU LANGAT yang kini terletak di Taman Cheras Indah,Selangor, Sekolah ini kini berada di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selama sekolah ini ditubuhkan, banyak kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh warganya. Hasil dari kejayaan dan kecemerlangan tersebut telah menjadikan MAHFUZ semakin gah dan terkenal di setiap peringkat terutamanya dalam bidang hafazan Al-Quran dan ilmu akademik yang membolehkan para pelajar berjaya di dunia dan akhirat.

Di asaskan pada tahun 1990 oleh Tuan Guru Haji Asmuie Mubin Bin Muhammad Jazuli Al-Hafiz

Melahirkan generasi Al Quran yang mahir dengan ilmu, beramal, berakhlak mulia, berdaya saing, kukuh dengan nilai islam seiring dengan perkembangan arus perdana dunia kini.

  • Menggerakkan keseimbangan pelajar dengan pembangunan dunawi dan ukhrawi.
  • Pengupayaan kurikulum yang universal dan impak modal insan

TAWARAN KEMASUKAN PENGAJIAN SESI 2026

Syarat :-

Sila isikan Borang pendaftaran

Education
Ust Admin

KURSUS TVET BAIK PULIH KOMPUTER

Alhamdulillah seramai 15 pelajar telah mengikuti kursus TVET Baik pulih Komputer yang berlangsung selama 15 hari di Kolej Komuniti Ampang. pelajar diajar teoeri dan praktikal

Baca Lagi »
Education
Ust Admin

AMAL ISLAMI PITAS

Alhamdulillah para pelajar MAHFUZ berjaya mewakili zon Hulu Langat ke Peringkat Negeri dalam Acara Khutbah,Pidato BM dan Musabaqah Hadis. semoga para pelajar beroleh Manfaat.  

Baca Lagi »
Education
Ust Admin

HARI SUKAN MAHFUZ

Alhamdulillah MAHFUZ sertai hari sukan PITAS dengan menyertai acara badminton,pingpong, Bolasepak. Semoga para pelajar kekal sihat dan bersemangat.  

Baca Lagi »

SISTEM DAN KAEDAH HAFAZAN

Pelajar memperdengarkan bacaan hafazan baru kepada guru setiap hari sebanyak satu muka surat dengan lancar dan bertajwid.

Memperdengarkan bacaan murojaah hafazan baru yang lepas sekurang-kurangnya tiga muka surat hingga lima muka surat setiap hari.

Memperdengarkan bacaan murojaah yang lama sebanyak lima muka surat (setengah juzuk) atau sepuluh muka surat (satu juzuk). Contoh: Apabila pelajar telah menghafal 5 juzuk,pelajar perlu membaca Mukhtar sebanyak lima muka surat atau lebih dan dimulakan dengan juzuk 1, setengah juzuk awal seterusnya setengah juzuk yang akhir. Selepas selesai murojaah juzuk satu, barulah pelajar akan murojaah juzuk kedua dan seterusnya hingga jumlah juzuk yang telah dihafal.
Mokhtar Khatam adalah proses di mana para pelajar telah selesai menghafal satu juzuk. Mereka dikehendaki untuk memperdengarkan bacaan satu juzuk (10 muka surat) tersebut secara berterusan pada satu masa. Para pelajar hanya dibenarkan melanjutkan hafazan mereka selepas mereka Berjaya dalam Mokhtar Khatam.
Istimewa Sedekah Hari Jumaat
"Dan Sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia berbanding hari-hari selainnya"
Hadis Riwayat Khuzaimah, Mauquf Sahih
Jazakallahu Khairan, semoga Allah membalas kebaikan tuan dengan pahala yang berlipat kali ganda di dunia dan akhirat.