Sistem Dan Kaedah Hafazan

Pelajar memperdengarkan bacaan hafazan baru kepada guru setiap hari sebanyak satu muka surat dengan lancar dan bertajwid.

Memperdengarkan bacaan murojaah hafazan baru yang lepas sekurang-kurangnya tiga muka surat hingga lima muka surat setiap hari.

Memperdengarkan bacaan murojaah yang lama sebanyak lima muka surat (setengah juzuk) atau sepuluh muka surat (satu juzuk). Contoh: Apabila pelajar telah menghafal 5 juzuk,pelajar perlu membaca Mukhtar sebanyak lima muka surat atau lebih dan dimulakan dengan juzuk 1, setengah juzuk awal seterusnya setengah juzuk yang akhir. Selepas selesai murojaah juzuk satu, barulah pelajar akan murojaah juzuk kedua dan seterusnya hingga jumlah juzuk yang telah dihafal.
Mokhtar Khatam adalah proses di mana para pelajar telah selesai menghafal satu juzuk. Mereka dikehendaki untuk memperdengarkan bacaan satu juzuk (10 muka surat) tersebut secara berterusan pada satu masa. Para pelajar hanya dibenarkan melanjutkan hafazan mereka selepas mereka Berjaya dalam Mokhtar Khatam.

Sukatan Hafazan